top of page
Search

JANGAN TAK BIJAK KALAU NAK TRAVEL . FAHAM !!!!!!

Ini 5 Tips Menabung Duit Travel Untuk Yang Nak Travel Tapi Takde Duit


1. Simpan sehari RM5 atau RM10.

Nilai tabungan hendaklah bergantung kepada kemampuan diri. Jangan paksa diri, yang pasti kena konsisten. Sebagai contoh, Miss K nak travel ke Korea:

1 hari RM5 30 hari -> RM5 X 30 = RM150 10 bulan -> RM150 X 10 =RM1500




2. Cari passive income.

Tak kira la buat online business ke, baking atau apa-apa yang boleh generate side income. Jadinya, kita takkan sentuh gaji bulanan. Jangan sebab nak kejar travel, sampai kan tanggungjawab lain terabai


kredit:


3) GUNA DUIT DIVIDEN ASB ATAU TABUNG HAJI

Bagi sesiapa yang tiada lagi ASB atau Tabung haji seeloknya buka la akaun dan buat simpanan setiap bulan. Cuba disiplinkan diri anda untuk menyimpan minimum Rm 50 sebulan. setiap awal tahun anda boleh check dividen yang anda dapat daripada simpanan anda itu. Sekurang-kurangnya duit dividen itu akan membantu perbelanjaan percutian anda.




kredit:



4.Buat potongan gaji setiap bulan

Bagi anda yang bekerja dengan majikan, anda boleh menggunakan cara ini untuk membuat simpanan bagi tujuan melancong. Anda boleh membuat potongan gaji setiap bulan sekurang-kurangnya RM 100 ke dalam mana – mana akaun bank anda. Jadi majikan anda akan siap-siap buat potongan awal sebelum memberi baki gaji anda.

Anda akan hanya menggunakan gaji yang tinggal sahaja untuk membayar komitment – komitment anda yang lain. Apabila anda menyimpan dengan menggunakan kaedah ini, anda tidak akan boros kerana anda telah pun membuat simpanan awal – awal lagi.





5.Menabung duit syiling

Amalan menabung dari kecil perlu diterapkan dalam diri setiap manusia kerana dari sini terbentuknya satu kebiasaan dalam diri kita untuk terus membuat simpanan untuk kegunaan masa hadapan. Jadi sangatlah penting untuk mempunyai tabung sendiri kerana anda dapat menyimpan duit di dalamnya.

Selalunya orang tidak suka menyimpan duit syiling dalam dompet mereka kerana akan rasa berat, jadi anda boleh menyimpan duit syiling di dalam tabung yang disediakan. Jangan pandang remeh dengan duit syiling kerana sebenarnya anda akan dapat simpanan lebih jika selalu menyimpan duit syling.



kredit:

/www.pakarpercutian.com




Takpayah nak trigger sangat la.abglong bukan AHLONG abglong hanya nak tolong.

kalau hampa rasa berguna so guna la kalua xrasa xberguna xpayah la guna. benda simple saja buat susah hahaha..


k bye la abglong dekat Langkawi ni nanti abglong update pasal sini pulak..and jgn lupa singup www.ecoadventura.com ye.. sapot la sikit halaaahhhh halaaahh halaaahhhh


ehhhh jap jgn lupa follow Instagram abglong ye omeyyyy angattt



 
 
 

Comments


bottom of page